Wednesday, November 2, 2011

cinta cake strawberry yogurt :))

 Rumah milik hara dan eun jung~

penatnya hari ni . kenapa la Eunhyuk sunbae suka sangat buli aku ?! eiii . sengaja nak memalukan aku. Bencinya !!’  hara membebel sambil menghempaskan badan ke atas katil.

“apa yang bising2 ni unnie ? Eh, unnie kenapa baju kotor sangat ni? “ eun jung atau nama manjanya, ye eun  melihat hara dengan penuh tanda tanya .

 “hmmm , come. sit here . tak ada apa-apa. Eunhyuk sunbae buli unnie lagi  masa dekat kelas tadi. Macam ni ceritanya, tadi chef Tak Gu suruh kami sediakan 1 kek ciptaan sendiri. Bila kek da siap unnie bawa la nak tunjuk pada chef Tak Gu. Tapi , dia sengaja langgar unnie . then , apalagi unnie terjatuh la. kek tu terjatuh atas badan unnie. Dengan muka2 unnie kotor tau. satu kelas gelakkan unnie. Malunya.’ hara meraup mukanya kerana kesal terhadap kejadian yang menimpanya.

Eun jung memeluk erat unnienya “unnie sabar tau .nanti ye eun marah sunbae bila jumpa dia at U esok k? tapikan unnie …. Ye eun rasa la yang eunhyuk sunbae tu sebenarnya sudah jatuh cinta dengan unnie. Kalau tidak kenapa dia sering mengusik unnie di kelas kek.”

 pipi hara menjadi merah kerana berasa malu . “sudah la ye eun ni mengarut saja tau . ye eun masak apa untuk makan petang ?” hara sengaja menukar topik perbualan mereka .

eun jung berpura-pura menarik muka masam . “unnie ni ! saja tukar topik tau . merajuk la macam ni. Hmmm , hari ni ye eun dah masakkan makanan favourite unnie , waffle with strawberry and chocolate !”

 “really ? let’s go honey ! “ hara berasa sangat teruja.

“but , before that you must go to your bath ok dear ? berbau satu badan unnie ni” eun jung mengenakan unnienya.

“yela haramoni!” hara mencucuk pinggang adiknya dan berlari ke bilik untuk membersihkan diri. Eun jung tergelak sendirian.

Hara merupakan seorang gadis yang naïf, baik hati, comel dan periang. Hara bekerja di salah sebuah kedai kek dan roti yang terkenal di Seoul iaitu Fully Cake and Bread. Tetapi ada sesuatu yang hara tidak tahu mengenai tempat kerjanya itu. Hara sanggup mengorbankan masa depan demi adiknya walaupun dia seorang pelajar yang pintar semasa di sekolah dulu. Hara ingin melihat adiknya berjaya dalam kehidupan kerana baginya eun jung adalah segala-galanya. Dia masih berpegang teguh kepada pesanan kedua orang tuanya supaya sentiasa menjaga adiknya sebaik mungkin. Namun , pesanan tersebut menjadi petanda bahawa mereka akan kehilangan appa dan omma untuk selama-lamanya sedangkan ketika itu mereka masih di bangku sekolah lagi. Hara di tahun terakhir persekolahan, manakala eun jung masih di menengah rendah. Tetapi hara sangat tabah untuk melalui semua itu. Hara sanggup mengetepikan cintanya terhadap  jun hyung sunbae semenjak di menengah atas lagi. Hara teringin untuk menyambung pelajaran di tempat yang sama jun hyung dan adiknya serta belajar sekarang iaitu Universiti Seoul. Namun, hara rela mengorbankan impiannya itu.
Flowers garden(taman berdekatan Universiti Seoul) ~

Eun jung sedang merehatkan minda selepas habis kuliah. ‘hmm , baik aku jumpa eunhyuk sunbae. Aku nak tanya kenapa dia sering mengusik unnie aku.’eun jung berkata sendirian dan mengeluarkan telefon bimbitnya.

-sunbae, jumpa saya sekarang di Purple Café. Ada hal penting eun jung hendak bincangkan. Please .  annyeong .

Eunhyuk memerhatikan eun jung yang sedang termenung. “eun jung ! sudah sampai mana ? bulan ? ke bintang ?”eunhyuk tersengih-sengih memandang eun jung.

 “sunbae !! terkejut saya tau. Sunbae ni suka sangat mengusik orang. Duduklah, tak akan nak berdiri saja.”eun jung menarik muka masam.

“jangan la macam tu. Sunbae gurau saja. Nanti tak ada boy yang nak kalau muka asyik masam macam ni.”eunhyuk mencubit pipi eun jung.

 “ish . Suka-suka saja tau cubit pipi saya. Macam ni la. Saya nak straight to the point saja. Kenapa sunbae selalu usik unnie saya semasa kelas pastri and selepas saya cerita yang unnie saya daftar masuk kelas pastry. Tup tup saya dengar sunbae masuk. Apa niat sunbae yang sebenarnya ?saya tengok sunbae bukan jenis lelaki yang suka mainkan hati perempuan ? sunbae suka ………”

eunhyuk terus menyambung kata-kata eun jung “hara ? hmm , yup. Sebenarnya sunbae suka pada hara sejak dulu lagi. Semua ni bermula semasa waktu rehat. Kami kan sekelas. Satu hari tu, sunbae lupa bawa duit. Segan pula nak minta pada kawan sunbae. Nanti apa pula mereka cakap. Anak orang berada  minta duit dekat orang. Apa cerita ? jatuh saham tau. Hehe. Tiba-tiba hara bagi sepotong kek. Dia suruh sunbae ambil walaupun sunbae tak nak lagipun sunbae tahu dia bukan dari keluarga senang. Parents u guys baru dalam 2 minggu pergi. At last sunbae pun ambil juga. Dia cakap kek itu dia buat sendiri,  nama kek tu cake strawberry yogurt. Sedap sangat kek tu lagipun strawberry is my favourite. Kek tu la yang menyebabkan sunbae suka dekat hara hingga sekarang.”

eun jung mula bersuara. “sunbae anak orang berada?? Eun jung x tau pun. Saja sorok status ye. Tak pernah Nampak sunbae bawa kereta mahal-mahal. Low profile la konon ni sampai nak tackle my sis pun tak berani. Melepas nanti baru tahu. Tengok je la unnie eun jung berpegangan tangan dengan boy lain.  Tapi sunbae ni sweet la. Sanggup tunggu perempuan lama macam ni sekali.”

eunhyuk mengeluh. “ala … semua kekayaan tu bukannya milik sunbae. Semua tu hasil titik peluh appa dan omma sunbae. Tak guna nak bangga dengan harta parents. Jangan la cakap macam tu. Macam nak doa kan hara dengan sunbae tak akan bersatu. Sunbae betul-betul sukakan hara. Satu hari nanti sunbae akan cuba untuk luahkan perasaan sunbae pada dia. Wish me luck ya ?tapi buat masa biar la dulu. Sunbae takut cinta sunbae ditolak mentah-mentah. Lagipun dulu sunbae ada dengar khabar angin yang hara sukakan jun hyung. Hmm ,  Jangan cerita dekat hara tau yang sunbae suka dia.”

Eun jung hanya mampu menggeleng mendengar jawapan eunhyuk. “sunbae ni lurus tau. Belum cuba belum tahu. Mana tahu ada peluang nak rebut hati unnie. Suka hati sunbae la. Sunbae ….. eun jung haus la, belanja air mocha satu. Penat da ni cakap-cakap ”

eunhyuk tergelak mendengar kata-kata eun jung. “yela. Minta saja la apa-apa pun. Sunbae belanja ok.”

 Eun jung tersenyum lantas memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Selepas pelayan tersebut beredar eunhyuk menyambung perbualan mereka. “eun jung , nak tahu one big secret tak ?”

eun jung sangat teruja dan segera menganggukkan kepala. “tempat kerja hara tu sebenarnya kedai sunbae.”
 Eun jung hampir-hampir terjerit. “what ? are u serious sunbae ? OMG !”

eunhyuk membiarkan pelayan menghantar pesanan mereka terlebih dahulu. “ I’m serious. Sebenarnya, sunbae yang sengaja letakkan risalah tentang kerja kosong di kedai sunbae dekat peti surat rumah u guys. Risalah yang hanya hara yang dapat. Sunbae dapat tahu yang hara amat berminat dalam bidang pastry. Dapat sunbae tengok hara setiap hari. Kira macam sambil menyelam minum air. Bijak tak sunbae ?”

eun jung terlopong mendengar penjelasan eunhyuk. “ u’re so brilliant sunbae. Tak sangka sunbae boleh fikir idea tu.  Nothing I can say dude.”

 Eunhyuk tertunduk malu. “jangan la puji lebih-lebih. Ok la eun jung. Sunbae nak balik dulu. Sunbae nak siapkan assignment yang tertangguh tu. Esok da nak kene hantar. Pecah otak malam ni nampaknya. Eun jung makan la dulu spaghetti and mocha tu sampai habis. Sunbae pergi bayar. Bye. See u later.”

” Thanks sunbae for this treat. Bye. Take care.”  Eun jung menghabiskan makanannya dan segera pulang ke rumah untuk menyiapkan makan petang untuk unnienya.

kedai Fully Cake and Bread ~ waktu tengah hari.

Hara terpaksa menjaga kedai bersama Narsha kerana pekerja yang lain keluar untuk makan tengah hari. Hara terpaksa berjimat cermat kerana adiknya memerlukan wang untuk membeli buku. Hara membuat keputusan untuk membawa bekal sahaja. Walaupun hara sepatutnya bekerja di bahagian dapur namun dia berasa bosan keseorangan di dapur lalu menemani Narsha di bahagian depan.

 “ hara, aku nak pergi kedai baju dekat sebelah. Hari ini hari jadi omma aku. Aku ingat nak bagi hadiah pada dia. Kau jaga kedai seorang boleh kan ?” Narsha amat berharap agar Hara membenarkan dia pergi sebentar.

“mestilah boleh. Aku boleh jaga kedai. Just take your time dear. Sementara omma kau masih hidup, hargai dia ok. Jangan jadi macam aku. Apabila omma dan appa sudah tiada baru nak menyesal.” Hara mengesat air matanya.

“ jangan emosional macam ini hara. Aku pun nak nangis tengok kau nangis.” Narsha memeluk hara.

“sorry Narsha. Aku teremosi pula. Pergilah cepat nanti waktu lunch habis pula.”Hara meleraikan pelukan Narsha dan melihat Narsha menuju ke pintu.

 Tiba-tiba hara dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki yang amat dikenalinya. ‘annyeong. Eh , jun hyung sunbae ? kenapa sunbae datang sini?’hara berasa sangat terkejut dengan kehadiran lelaki yang dicintainya itu. Hara tidak menyangka bahawa di dapat bertemu dengan lelaki idamannya lagi  selepas tamat sekolah.

 ‘annyeong. Hara kan? Eh, tak sangka dapat jumpa awak lagi. Saya datang kedai kek kan? Mestilah saya nak beli kek. Awak macam tidak suka saja saya datang. Tak apa la. Saya keluar dulu. ’jun hyung  berjalan kearah pintu keluar.

 ‘sunbae ! jangan la pergi. Saya .. saya .. saya Cuma terkejut saja. Kita kan da lama tidak  jumpa. Tak sangka sunbae masih ingat pada saya  Jun hyung sunbae dulukan menjadi kegilaan pelajar-pelajar sekolah. Banyak cakap pula saya ni kan? Sunbae nak kek apa? Biar saya ambilkan.’hara terasa sangat gembira.

“mana ada saya ni biasa saja. Lain la awak tu hara. Cantik,lemah lembut. Untung la siapa yang  jadi buah hati awak. Saya nak kek blackforest. Atas kek tu saya nak tulis (saegil chukka hamnida hara)” jun hyung tersenyum menunggu reaksi hara.

“sunbae ingat hari jadi saya ?!”hara berasa sangat teruja dan memeluk sunbae tanpa sengaja.

“mestilah. saya sudah lama meminati awak sejak menengah atas lagi.saranghaeyo hara.” jun hyung berbisik di telinga hara sambil memeluk hara erat.

Hara terasa sangat bahagia di dalam pelukan jun hyung.  
Sebenarnya, ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka dari jauh iaitu eunhyuk.

‘hah? Tak kan dia bercinta dengan jun hyung yang playboy tu. Arghhhhh ! kenapa la aku lambat sangat ambil tindakan. Tu la dulu ego sangat ! aku tak kira ! aku tetap akan pastikan bahawa hara akan menjadi milik aku!aku akan selamatkan hara.’ 

eunhyuk menumbuk tangannya ke dinding kerana terlalu geram. Hadiah yang eunhyuk beli khas untuk hara akhirnya dicampak ke dalam tong sampah. Kebiasaannya eunhyuk hanya meletakkan hadiah beserta bunga tanpa disertakan nama pemiliknya di hadapan rumah hara tetapi sempena hari jadi hara yang ke-20 tahun eunhyuk  ingin memberi kejutan buat hara. Nampaknya perancangan eunhyuk hanya tinggal harapan. Eun hyuk pulang ke rumah dengan penuh amarah.

Rumah milik hara dan eun jung~

Hara berlari memeluk ye eun yang sedang menyiapkan makan malam “ye eunnnnn ! unnie bahagia sangat hari ni. Unnie da couple dengan jun hyung oppa. Tengah hari tadi dia datang tempat kerja unnie. Rupanya dia still ingat at unnie. The best one, he loves me too. That’s mean selama ini, unnie tak syok sendiri. So, tadi unnie ambil cuti dan dia bawa unnie jalan-jalan dan sambut hari jadi sama-sama.”

“wah, untung la unnie. Ada juga orang yang suka pada my lovely unnie.” Eun jung cuba untuk menyembunyikan reaksi mukanya yang kerisauan selepas mendengar berita yang amat mengejutkannya.

“ye eun cantik tak rantai ni?  Dia tempah khas untuk unnie. “ hara memegang loket rantai berbentuk bintang sambil tersenyum girang.

“memang cantik. Unnie, ye eun bukan nak hancurkan harapan unnie yang menggunung selama ni. Tapi jun hyung tu jahat. Dia suka permainkan hati perempuan. Kawan-kawan ye eun da ramai yang terkena dengan dia. Unnie jauhkan la diri dari dia. Cuba unnie fikir . Unnie baru jumpa dia balik hari ni tiba-tiba dia minta couple dengan unnie. Tak pelik ke?’ eun jung cuba memegang tangan hara.

hara berasa sangat marah. Dia segera menarik tangannya daripada dipegang oleh eun jung. “ye eun cemburukan sebab unnie couple dengan dia? Ye eun dapat apa yang ye eun nak. Ye eun dapat sambung pelajaran ke university. Kenapa ye eun nak halang cinta unnie? Unnie benci ye eun!” hara berlari masuk kedalam bilik.

Eun jung tidak sempat menahan hara. ‘tak apa la. Aku akan cari bukti untuk tunjukkan pada unnie! Aku tak nak unnie dipermainkan oleh lelaki macam tu. Aku akan pastikan unnie bersama dengan eunhyuk sunbae yang 10 kali ganda lebih baik dari jun hyung sunbae tu’ Eun jung berazam dalam hatinya selepas mengetahui isi hati eunhyuk sunbae yang mencintai unnienya.

Di dalam bilik tidur hara ~

‘kenapa la ye eun dengki sangat aku dapat couple dengan sunbae. Dia tak ada buat salah pun dengan ye eun. Tapi kalau di fikirkan balik, benar juga apa yang ye eun katakan. Aduh , pening kepala aku fikir semua ni. Sudah la, baik aku tidur.’ Hara menutup lampu tidurnya. tetapi matanya tertancap pada sebuah bungkusan berwarna ungu berada di atas meja belajarnya.

‘eh ! bungkusan apa ni. Beberapa tahun kebelakangan ni selalu ada orang hantar hadiah apabila tiba hari jadi aku. Siapa agaknya ?aku teringin sangat nak tahu. Entah-entah . . . jun hyung sunbae kot.’ Hara tersengih-sengih sendirian.

“baiknya hati dia. Tapi dia tak ada pula cakap apa-apa tentang hadiah. Tak mengapa lah. Esok aku jumpa dia lagi. Nanti aku tanyakan pada sunbae.”

Hara membuka balutan hadiah itu dengan teliti dan berhati-hati. Kononnya buah hati bagi!

“wow ! ada 5 buku resipi untuk kek pastry. Baiknya sunbae. Dia ni macam tahu-tahu saja yang aku memang bercadang untuk membeli. Mesti mahal harganya sebab semua buku ini limited edition. Thanks sunbae !”hara berbisik sendirian dan memeluk buku tersebut di dalam pelukannya.

“ time to sleep. Good nite sunbae” hara berkata seolah-olah jun hyung sedang mendengar kata-katanya.” Hara menutup suis pada lampu tidurnya.



cerita ini akan disambung pada post yang seterusya. berilah komen anda :)) saya tidak menggunakan bahasa penulisan sepunuhnya. mianei if cerita ini kurang menarik. ini adalah my first short story.
please enjoy and have fun !

1 comment:

  1. wow!!!
    bravo nad!!!
    NiCE STORY!!!
    hai...bestnye kalau jadi kat realiti...
    hahahaha

    ReplyDelete